Tuesday, December 14, 2010

BBM KHB : Jahitan Asas dan Jahitan Hiasan







Bahan Bantu Mengajar (BBM) ini boleh digunakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Ia secara tidak langsung boleh dijadikan sebagai hiasan di dalam bengkel ERT di sekolah. Tentu tidak ramai guru yang mempunyai masa untuk menyediakan bahan P&P seperti ini. Oleh itu, sebagai alternatif, guru boleh mendapatkan BBM ini dari saya.

      Setiap satu BBM ini bersaiz 43sm x 31sm dan diperbuat daripada bod plastik dengan sampel jahitan sebenar. Persembahannya dalam bentuk yang ringkas dan sangat mudah difahami. BBM Jahitan Asas dan Jahitan Hiasan ini sesuai digunakan dalam tajuk Elektif Jahitan Tingkatan 1. Murid-murid dikehendaki menyediakan sampel jahitan dalam Modul 1.

       Hasilnya, murid-murid dapat menyediakan sampel dengan baik berpandukan BBM yang disediakan ini. Selain itu, terdapat 13 set BBM Jahitan Asas dan Jahitan Hiasan yang juga boleh digunakan dalam pengurusan bengkel ERT.



No comments:

Post a Comment